Friday, June 6, 2008

Apalah agaknya maksud istilah sayang dan cinta mereka???

Dua hari lepas , terduduk sejenak aku mengenangkan dua peristiwa yang berlaku.

PERISTIWA 1 : Pagi2 lagi sampai jer kat opis, member opis dengan mata kuyu bagitau malam tadi ada tangkapan kes bawah seksyen 27. dua2 OKT masih ada .suami orang dengan anak dara. ahh.. sedihnyer.. apa nak jadi dengan anak gadis sekarang. sehingga zohor masih lagi kes dia orang blum selesai. tiba waktu solat , rupa-rupanya si perempuan pinjam kain telekong aku utk solat. tiba terfikir aku dah mandi belum budak ni? kalau mlm tadi projek dah jalan, takde maknenya
kalu blum mandi wajib. Ish atas dasar kesian kot2 tak tau hukum,aku cuba bertanya sebagai kakak. Tertunduk malu, katanya belum sempat jadi apa2 baru ringan-ringan...aku nasihat balik nanti mandi bersih2 dan buatla solat taubat.Dia menggangguk. Sayang orangnya cantik dan nampak macam budak baik . Sambil menunduk katanya dia pasti akan sukar utk lupakan lelaki tu.nasihatku lagi tak yahla diingatkan pada lelaki sebegitu,seorang lelaki sewajarnya menjadi pelindung bukannya mengambil kesempatan. tiba dia menjawab " Sekarang Mana ada orang bercinta yang tak pegang2 dulu, susah nak cari kak"."eh ader..." terusku menjawab sambil hatiku berdetik, sedihnyer.. apa akan jadi pada adik2 remaja kita sekarang bila dalam fikiran sudah tersemat fahaman bahawa cinta perlu pegang2, peluk cium tanpa batasan. Mana pula fahaman mereka tentang halal haram . Jelas sekali mereka sudah keliru antara cinta dan nafsu. Ya Allah selamatkanlah generasiku dari kekusutan dan kecelaruan ini.
PERISTIWA 2 : Di tengah2 perbincangan ant aku dan rakan setugas , tiba muncul seorang lagi rakan setugas dengan muka yang berkerut. kenapa kak ? aku bertanya " macam mana ni, akak tak tahu nak nasihat macm mana lagi client ni.. dia nak bercerai gak " Rupanyer dia sedang mengendalikan satu sesi rundingcara dengan seorg client. Apa masalahnyer smpai nak bercerai ? kami bertanya. takde apa masalah cumanya dia tak pernah ada perasaan sayang kat suami dia selama 16 tahun kahwin. Suami dia baik, tak pernah pukul tak pernah apa, cuma dia takde perasaan cinta dan sayang pada suami. Aik nape baru sekarang ? nape tidak 10 tahun dulu? katanyer 16 tahun dia hanya berpura-pura demi anak. aik anak pun ada.Betul ker takde langsung perasaan sayang ? kami cadangkan supaya rakan tu , mencadangkan satu sesi rundingcara bersama dengan suami dia .tp dia bertegas tak nak dan nak mohon cerai jugak. Akhirnya dengan terkilan, rakan setugas menasihatkan dia ke mahkamah untuk proses mohon perceraian. Sekali lagi aku terfikir , apa makna sayang yang sebenarnya??. kata orang sayang boleh dipupuk. tapi kenapa kakak tu setelah 16 tahun masih belum menemui cinta dan sayangnyer pada seorang suami.. ada orang yang datang mengadu dipukul, ditendang, ditampar oleh suami tapi masih tetap sayang. ada orang, suami langsung tak bertanggungjawab, nafkah tak diberi bahkan isteri yang perlu menanggung tapi masih mati-matian tak ingin bercerai. apa sebenarnya yang dicari dalam sebuah perkahwinan..apakah takrifan cinta dan sayang yang dicari oleh kakak tu sebenarnya ?// ahh...sukarnya untuk memahami....

Tuesday, May 27, 2008

Andainya aku orang kaya...

hai keje...keje... malasnyer... andainya aku orang kaya, tak perlu kerja... relax.. tak perlu buat apa-apa. bahagiakah aku??? bahgia ker... hmmm tak bored ker... doing nothing just ngabiskan duit.

manusia tak pernah ckup ngan apa yang ada. tak bersyukur... hai wake up... wake up . aku patutnya bersyukur sebab aku ada kerja yang belum pasti orang lain akan dapat kerja macam aku ni. tapi apasal malas sangat nii... takde mood langsung..... ish apa ni ? kerja kan tuntutan , tanggungjawab bagi orang yang tak kaya macam aku ni. so ... stop bubbling.. start kejeee....